Thursday, February 11, 2010

UMS SASAR 2010 CAPAI PIAWAIAN

KOTA KINABALU : 2010 sasar pencapaian piawaian ms ISO 9001 : 2008 bagi Universiti
Malaysia Sabah (UMS) dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh universiti ini. Timbalan Pendaftar Pusat Perkembangan Akademik UMS, Norti
Sirin, Berkata sasaran itu adalah kesinambungan daripada persijilan kualiti yang diperolehi UMS
sebelum ini, iaitu MS ISO 9000 : 1994 dan MS ISO 9001 : 2000.
Katanya, dalam memastikan tahap kualiti yang telah diiktirafkan oleh Sirim Bhd sebelum ini
adalah sebagai modul bagi meningkatkan usaha untuk mencapai piawaian dalam persijilan
mampu di pertingkatkan.
"Kami juga menyasarkan satu lagi persijilan kualiti, iaitu MS ISO 9001: 2008 yang mungkin
diperoleh tahun depan. Sekarang, kami berusaha untuk melaksanakan amalan kualiti yang
menjurus kepada persijilan itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada Bengkel Juruaudit Dalam MS ISO 9001:2008 anjuran Pusat
Perkembangan Akademik UMS yang diadakan di Dewan Bankuasi UMS. Bengkel tersebut
disertai oleh 50 kakitangan UMS itu dikendalikan penceramahdari Jabatan Perkhidmatan dan
Kualiti Sirim Bhd, Idrus Ali. Norti berkata, bengkel berkenaan bertujuan mendedahkan peserta
mengenai kaedah dan tanggungjawab sebagai Juruaudit Dalam UMS mengikut piawaian terbaru
persijilan MS ISO 9001: 2008.
"Bengkel ini juga memberi latihan dan pengetahuan kepada Juruaudit Dalam UMS yang baru
bertugas untuk meningkatkan kualiti kerja masing-masing," katanya.
Beliau berkata, bengkel seumpama itu akan terus diadakan secara berperingkat bagi
memperkasa kemahiran setiap Juruaudit Dalam UMS dalam mencapai persijilan MS ISO
9001:2008.


TEROKA PERKERJAAN TRADISIONAL

KOTA KINABALU : Graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) digesa supaya mengikis
kecenderungan bekerja makan gaji sebaliknya berani meneroka pekerjaan tradisional yang
mampu memberi pulangan lebih lumayan.
Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah berkata, pekerjaan tradisional tersebut
meliputi kerja sebagai pesawah, perladangan dan nelayan.
"Semua pekerjaan itu mempunyai nilai komersial tinggi dan masa depan yang cerah jika
diusahakan dengan gigih.
"Ia bukan saja mengurangkan pengangguran di kalangan para graduan, tetapi menyumbang
kepada peningkatan ekonomi negara dengan lebih berdaya saing," katanya.
Beliau yang juga Canselor UMS berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis
Konvokesyen UMS Ke-11 di Dewan Canselor UMS.
Ahmadshah berkata, ijazah yang diperoleh itu merupakan sebahagian daripada keperluan untuk
mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
"Apa yang penting kemampuan pelajar menyesuaikan diri serta mengaplikasikan ilmu yang ada
dalam menentukan kejayaan yang berterusan.
"Mahu tidak mahu, pelajar perlu berani berdikari dan bersaing dengan ribuan graduan untuk
menjamin masa depan yang baik," katanya.
Beliau berkata, para graduan juga perlu menguasai pelbagai bahasa dan bergaul dengan bangsabangsa
lain kerana ia adalah kunci kepada kejayaan.
"Kajian telah membuktikan bahawa kriteria penting dalam pengambilan siswazah sebagai tenaga
kerja bergantung kepada pengalaman, etika dan penguasaan lingua franca atau bahasa
antarabangsa yang kita miliki.
"Jika kita ingin mempertahankan kemajuan dalam era globalisasi ini, pergaulan kita dengan
bangsa-bangsa lain hendaklah maju supaya kita mampu bersaing di peringkat antarabangsa,"
katanya.

Friday, May 22, 2009